Peraturan
KenaliSertaiInfoPautanHubungi

Peraturan 
Peraturan 
Peraturan2 
e-Borang 
Laman Utama>Sertai>Peraturan


SYARAT DAN PERATURAN 

PERTANDINGAN FORUM BAHASA MELAYU IPT ’05 PIALA PUSINGAN DIRAJA YANG TERAMAT MULIA TUNKU LAKSAMANA TUNKU NAQUIYUDDIN IBNI TUANKU JA’AFAR

 AM

                        Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Forum Bahasa Melayu IPT ’05,Piala Pusingan Di Raja DYMM Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar.

                        Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak hak penganjur. Keputusan penganjur adalah muktamad.

                        Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk meminda sebarang peraturan sebelum pertandingan dilangsungkan mengikut keperluan dan kesesuaian.

 

PENYERTAAN 

?       Pertandingan ini terbuka untuk semua mahasiswa/i Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta di bawah progam Ijazah Sarjana Muda  sahaja.

?       Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang iaitu seorang pengerusi, 3 orang ahli panel dan seorang simpanan.

?       Setiap pasukan dikenakan Yuran Penyertaan bernilai RM 400 sahaja. Yuran penyertaan ini merangkumi makanan dan penginapan yang disediakan sepanjang program.

?       Yuran penyertaan hendaklah dibayar secara tunai semasa hari pendaftaran.

?       Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya yuran penyertaan tidak dibayar semasa hari pendaftaran kecuali atas budi bicara pihak penganjur.

?       Para peserta forum hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal di tempat pertandingan.

?       Para peserta hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan.

?       Mana-mana pasukan yang lewat mendaftar dari masa yang ditentukan, tidak akan dilayan kecuali atas budi bicara penganjur.

?       Tarikh tutup menyerahkan borang ialah pada atau sebelum 31 Disember 2004.

[Ke atas][Seterusnya]

Copyright(c) 2004 WEBMASTER. HAKCIPTA TERPELIHARA
forumipt05@yahoo.com