Peraturan
KenaliSertaiInfoPautanHubungi

Peraturan 
Peraturan 
Peraturan2 
e-Borang 
Laman Utama>Sertai>Peraturan


KELAYAKAN

Untuk layak memasuki pertandingan forum ini, peserta mestilah terdiri daripada mahasiswa/i Institut Pengajian Tinggi iaitu mereka yang masih lagi dalam tempoh pengajian sahaja.

Peserta hanya boleh bertanding untuk pasukan yang mendaftar SAHAJA.

 STRUKTUR PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Penentuan kumpulan adalah berdasarkan cabutan undi yang akan dibuat semasa pendaftaran iaitu pada 27 Januari 2005.

                        Pasukan terbaik bagi setiap kumpulan yang telah ditentukan akan layak ke peringkat akhir

                        Hanya 3 pasukan SAHAJA akan bertanding untuk peringkat akhir.

                        Penganjur akan menyediakan 22 tajuk di peringkat saringan dan 5 tajuk di peringkat akhir.

                        Pihak penganjur berhak meminda struktur pertandingan ini sekiranya dirasakan perlu dan sesuai.

 MASA PERSEDIAAN

                         Tajuk forum peringkat saringan IPT akan dimaklumkan melalui pengundian.

Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri pertandingan ini selepas 20 minit pertandingan dilangsungkan, akan dikira kalah.

 STRUKTUR FORUM

                        Forum akan dijalankan dengan menggunakan bahasa Melayu baku.Hanya satu kumpulan sahaja akan mempersembahkan tajuk mereka pada satu-satu masa.

                        Setiap ahli panel perlu menyampaikan idea-idea mereka dengan menggunakan ucapan yang pelbagai ragam. Penggulungan tajuk hendaklah dilakukan oleh ketiga-tiga ahli panel secara bergilir-gilir.

                           Setiap pasukan akan diberikan masa selama 25 minit untuk membincangkan tajuk forum mereka seperti berikut.

Setelah tamat masa 25 minit pasukan berforum, pengerusi pasukan akan memberi ruang kepada hakim untuk mengemukakan soalan. Hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang bertanding. Masa untuk hakim mengajukan soalan tidak akan dikira. Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan untuk peserta menjawab soalan ini.

Ketiga-tiga pemforum mestilah menjawab soalan yang diajukan secara bergilir-gilir kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam pemberian markah bonus pasukan.

[Kembali][Ke atas][Seterusnya]

Copyright(c) 2004 WEBMASTER. HAKCIPTA TERPELIHARA
forumipt05@yahoo.com