Peraturan2
KenaliSertaiInfoPautanHubungi

Peraturan 
Peraturan 
Peraturan2 
e-Borang 
Laman Utama>Sertai>Peraturan2
 

SISTEM LOCENG                                                                 

?       Loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan pertandingan ( minit pertama)

?       Loceng akan dibunyikan DUA KALI iaitu 3 minit sebelum PEMFORUM MENAMATKAN SESI PERTAMA PERBINCANGAN .iaitu pada minit ke -22.

?       Sebaik sahaja tamat pertandingan, loceng akan dibunyikan TIGA KALI  menandakan minit yang ke-25.

?       Mana-mana pasukan yang melebihi had masa yang telah ditetapkan, markahnya tidak akan dikira.

?       Semasa sesi soal jawab, hakim SAHAJA boleh mengemukakan soalan.

?       Soalan yang dikemukakan hendaklah tidak bertujuan untuk memerangkap pihak lawan.

?       Hujah atau pendapat yang disampaikan setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah.

?       Masa yang diperuntukkan bagi setiap pasukan ialah SEPULUH MINIT.

?       Loceng akan dibunyikan SEKALI pada waktu permulaan sesi soal jawab.

?       Manakala Loceng akan berbunyi pada minit ke 7 sebanyak DUA KALI.

?       Dan loceng terakhir akan berbunyi pada minit yang kesepuluh sebanyak TIGA KALI.

Manakala 10 minit sebelum tamat pertandingan, pasukan yang bakal menyampaikan hujah akan dibawa keluar dari tempat pertandingan untuk membuat persiapan terakhir.

PENGHAKIMAN                      

                        Setiap sesi forum akan dihakimi oleh satu panel hakim. Bilangan hakim mestilah ganjil dan panel hakim ini akan diketuai oleh seorang Ketua Hakim yang dilantik.

                        Para hakim hendaklah :

1)      Menetapkan keputusan pertandingan.

2)      Tidak membuat sebarang komen semasa pertandingan sedang berlangsung. 

?       Penentuan kalah atau menang adalah berdasarkan sistem juri. Sekiranya juri memberi keputusan seri maka pasukan yang mengumpulkan markah tertinggi di bahagian penghujahan isi akan diisytiharkan sebagai pemenang.

?       Keputusan majoriti panel hakim akan diterima pakai.

?       Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak dibenarkan selepas penyerahan undi.

?       Hakim hendaklah adil dalam segala aspek yang berkaitan semasa pertandingan sedang berlangsung

PEMARKAHAN

                        Setiap ucapan yang diberikan akan membawa markah berdasarkan :                         

                        Isi diadili dari segi :

·          Pengutaraan idea dan isi-isi yang bernas.

·          Data dan bahan-bahan yang tepat, logik serta sesuai dengan tajuk.

·          Penjelasan mantap.

·          Fakta dan contoh. 

                      Bahasa diadili dari segi :

·          Jelas, tepat, dan baku ( struktur ayat dan sebutan).

·          Gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud yang hendak 

                        disampaikan.

                            Penyampaian diadili dari segi :

·          Persembahan yang lancar.

·          Kesesuaian nada dan persembahan yang meyakinkan.

·          Perlu menunjukkan gaya yang menarik.

·          Persembahan susunan isi yang menarik.

·          Bekerjasama sebagai satu pasukan.

·          Tarikan kepada penonton. 

 Pengendalian diadili dari segi:

·          Adab, gaya, perlakuan dan tutur kata atau kesantunan bahasa dalam memulakan perbincangan.

·          Kemampuan untuk mengawal suasana pertandingan tersebut.

·          Kemampuan untuk memulakan sesi forum tersebut seperti dalam situasi yang sebenar.

  Markah pada sesi soal jawab adalah berjumlah maksimum 10 markah jika :

·         Ahli panel berupaya menjawab soalan yang diajukan secara spontan.

·         Isi atau idea yang dikemukakan adalah bernas.

·         Menjawab soalan tersebut dengan tepat.

Pengerusi forum bijak menentukan ahli panel yang seharusnya menjawab soalan tersebut.

?               Markah ini juga merangkumi pemarkahan dari segi isi, bahasa, penyampaian          

          dan pengendalian.

·         Markah ini merupakan markah untuk pasukan dan bukannya untuk markah individu dan hanya pasukan yang menjawab SAHAJA yang akan mendapat markah.

·         Penggunaan “nota kecil” tidak digalakkan kerana ini akan memberi kesan kepada pemarkahan dari segi penyampaian. Walau bagaimanapun, peserta dibenarkan merujuk nota sekali-sekala.

·         Markah akan dipotong jika peserta membaca teks.

·         Peserta tidak dibenarkan sama sekali menyentuh isu-isu sensitif.

·         Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang berlebihan atau kurang. sopan semasa mengemukakan pendapat.

·         “Role play” adalah dibenarkan ketika membuat persembahan.

    TATACARA

?            Peserta tidak dibenarkan naik ke pentas pertandingan selagi tidak dibenarkan oleh pengerusi majlis.

?            Peserta tidak dibenarkan untuk meninggalkan tempat masing-masing sehingga dibenarkan oleh pengerusi majlis.

?            Jika berlaku gangguan semasa pertandingan berlangsung, pertandingan boleh ditangguhkan mengikut budi bicara pihak hakim dan juga pihak penganjur.

?            Sebarang definisi dalam syarat-syarat pertandingan ditakrifkan mengikut pandangan daripada pihak penganjur dan kekeliruan serta bantahan hendaklah disampaikan terus kepada mereka.

?            Peserta hendaklah duduk di tempat yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

?            Peserta mestilah beradab dan bersopan- santun semasa di pentas.

[Kembali][Ke atas][Seterusnya]

Copyright(c) 2004 WEBMASTER. HAKCIPTA TERPELIHARA
forumipt05@yahoo.com