Make your own free website on Tripod.com
Sepintas
KenaliSertaiInfoPautanHubungi

Sepintas 
Pelaksana 
Laman Utama>Kenali>Sepintas

 

 

SEPINTAS LALU

 


Dewasa ini, mahasiswa sering diperlukan dalam melontarkan idea-idea bagi membincangkan isu-isu semasa. Pandangan mahasiswa sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dalam memilih langkah terbaik untuk menangani pelbagai permasalahan yang timbul. Di atas kesedaran ini, Pertandingan Forum Bahasa Melayu Institut Pengajian Tinggi dianjurkan oleh warga Kolej Kediaman Ketiga, Universiti Malaya.

 Program Forum Bahasa Melayu Institut Pengajian Tinggi  ini akan diadakan pada 27 hingga 29 Januari 2005. Bilik  Persidangan Kolej Kediaman Ketiga telah dipilih sebagai  gelanggang bagi peringkat saringan manakala peringkat  akhir akan dijalankan di Auditorium Kompleks  Perdanasiswa, Universiti Malaya. Pertandingan ini akan disertai oleh penuntut-penuntut Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia.
 

 

JUSTIFIKASI

 


Program ini merupakan kesinambungan dari Pertandingan Forum Bahasa Melayu IPT 2004 yang mendapat sambutan hangat dari warga Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Ini kerana, selain dapat memartabatkan kembali penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan, kewujudan program ini juga dapat
memberi ruang kepada mahasiswa untuk menggilap idea-idea bernas mereka.

 Tambahan pula, Pertandingan Forum Bahasa Melayu IPT  2005 akan menjadi wadah untuk mewujudkan  kerjasama antara mahasiswa dan mengeratkan hubungan  antara universiti dengan universiti yang lain.  Pertandingan yang dijalankan akan menyediakan  alternatif kepada  mahasiswa   bagi menambah keilmuan  dan pengetahuan serta informasi yang berkaitan dengan kupasan isu semasa.

Di samping itu, program ini dapat membentuk jatidiri mahasiswa yang mantap dari aspek pengurusan berorganisasi dan berkomunikasi sebagai langkah persediaan awal untuk melengkapkan diri apabila berada di pasaran kerja kelak
 

 

OBJEKTIF

 


1.Mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan utama, khususnya sebagai medium komunikasi dalam dunia yang serba maju kini

2.Membuktikan kebolehan mahasiswa dalam merealisasikan penggunaan Bahasa Melayu dalam perbincangan isu-isu sejagat, sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai agen penggerak masyarakat

3.Mengemukakan satu bentuk usaha yang boleh digunakan dalam memastikan penggunaan Bahasa Melayu terjamin dalam merentasi belantara pembangunan

4.Meningkatkan kepekaan dan menggilap idea-idea mahasiswa dalam membincangkan isu-isu semasa.
 

[Home][Kenali][Sertai][Info][Pautan][Hubungi]

Copyright(c) 2004 WEBMASTER. HAK CIPTA TERPELIHARA
forumipt05@yahoo.com